Monday, 31 July 2017

PENGERTIAN ISLAM DAN TAUHID

ISLAM
l> Daripada segi bahasa adalah tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera.
l> Daripada segi istilah adalah taat kepada Allah S.W.T sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh  kepada segala perintah-Nya.

TAUHID
Bahasa          :- menyatukan, menyendirikan, dan mengesakan.

Istilah         :- Tauhid merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan (Allah S.W.T) itu hanya satu. Tauhid terbahagi kepada tiga (3) iaitu :

  • Tauhid Rububiyyah
  • Tauhid Uluhiyyah
  • Tauhid Asma' Wa As-sifat

*Monoteisme - Merupakan fahaman atau kepercayaan bahawa Tuhan itu adalah satu yakni tunggal.


TAUHID RUBUBIYYAH

     Rububiyyah berasal dari perkataan 'rabb'. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa dan pemelihara. Namun pengertian rububiyyah tidak mencukupi semua yang di atas dan sifat yang sempurna hanya milik Allah s.w.t.
     Rububiyyah ialah Tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyyah berkisah mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.
     Tauhid Rububiyyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturan dan pemberi rezeki.

Allah SWT berfirman:-

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS 43:9)


TAUHID ULUHIYYAH

     Uluhiyyah berasal dari perkataan 'ilah' yang bermaksud Tuhan yang patut disembah. Maka dari itu terbitlah pengertian bahawa tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah sebagai Tuhan yang satu dalam konteks ikhlas beribadah kepadaNya. Tauhid uluhiyyah adalah pengesaan Allah dalam ketuhanan. Tauhid ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata ,bersama rasa cinta , takut, mengharap , tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah

Allah SWT berfirman :-

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan telah Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku” (QS 21:25)


TAUHID ASMA'WA AS-SIFAT

      Tauhid asma'wa as-sifat adalah pengakuan seorang hamba tentang nama dan sifat Allah, yang telah Dia tetapkan bagiNya dalam kitabNya ataupun dalam sunnah NabiNya , serta mengimani maknanya dan hukum-hukumnya tanpa Tahrif(menyimpangkan makna), Ta'thil (menolak), Takyif (membahas bagaimana bentuk dan hakikat nama Allah),dan Tamtsil/Tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk-Nya)



Allah SWT berfirman:-

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS 42:11)


Kredit: Buku Pengurusan Dalam Islam (Karya Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa)
Kredit: Nur Nabilah
PENGURUSAN ISLAM

Ø  Ahmad Ibrahim Abu Sin (2001)

Pengurusan Islam ialah satu proses mengurus menggunakan kemahiran, kebolehan dan kepakaran dengan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah, berpandukan prinsip-prinsip Islam, dirancang dan dilaksanakan oleh pengurus dalam sesebuah organisasi.

Ø  Affendi Hassan (1990)

Pengurusan Islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.


Kredit: Buku Pengurusan Dalam Islam (Karya Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa)
KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM


Pengurusan dan pentabiran menggunakan pendekatan tauhid merupakan satu kaedah yang berpaksikan tauhid kepada Allah SWT untuk membina peradaban yang direhdai Allah SWT. Ia bertangungjawab menghapuskan 'Al-Fasad' iaitu kerosakkan berupa rasuah, penyelewangan, kezaliman dan penindasan yang mampu melumpuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan apa jua organisasi dimuka bumi ini. Bencana yang menimpa masyarakat Islam dewasa ini tidak lain berpunca daripada kurangnya pengukuhan ilmu tauhid dalam diri seseorang muslim. Malah, kerosakkan aqidah mereka lebih ketara apabila diracuni dengan kefahaman metarialisme yang mengutamakan kepentingan duniawi melebihi segala-galanya.

Kredit: FLIPHTML5 

CIRI-CIRI TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM


  • Pengurusan yang sentiasa meletakkan keimanan sebagai paksi dan ketuhanan sebagai matlamat akhir
  • Pengurusan yang mengambil kira atau meraikkan kemampuan dan juga realiti persekitaran dalam mencorakkan perancangan, penyusunan dan fungsi-fungsi pengurusan lain.
  • Pengurusan tidak memisahkan antara pembangunan material dan pembangunan sumber manusia khususnya, kejiwaan sebagai asas kepada pembangunan kebendaan
  • Pengurusan yang sentiasa menekankan pembentukkan dan pembangunan pengurus-pengurus yang berkuailiti dan berwibawa untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjwab pengurusan.
  • Manusia bekerja bukan mendapatkan upah semata-mata tetapi lebih kepada mendapat keredhaan Allah SWT.
  • Kerja yang dijalankan bukanlah seperti pengertian kerja yang diamalkan dalam sekular tetapi lebih kepada penyertaan niat sebagai satu ibadat kepada Allah SWT dan mengharapkan ganjaran di dunia dan yang lebih utama di akhirat.
  • Akuantibiliti dan rasa tanggungjwab pekerja bukan sahaja kepada seorang ketua, tetapi yang amat penting sekali adalah kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui. Ini akan memberi implikasi bahawa pekerja tersebut akan bekerja dengan lebih dedikasi dan bertanggungjwab serta mempunyai iman yang teguh.

  • Hubungan sesama manusia akan menjadi lebih akrab dan harmoni. Ini disebabkan Islam tidak memandang serta membezakan keturunan, pangkat serta darjat tetapi lebih kepada ketaqwaan dan keimanan.
Kredit: FLIPHTML5 

Sunday, 30 July 2017


KESAN MENGAMALKAN KONSEP TAUHID SEBAGAI PENGURUSAN ISLAM

INDIVIDU


  • Individu muslim akan bersikap tidak jumud.
  • Konsep tauhid akan melahirkan insan yang mempunyai harga diri dan berkeyakinan diri yang paling tinggi. 
  • Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawadhu’.
  • Membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Pegangan konsep tauhid akan menjadikan seseorang itu orang yang soleh dan solehah, berani dan tegas dalam setiap kebenaran.
  •  Menjadi seseorang itu mengamalkan nilai-nilai yang murni,amanah dalam setiap  tanggungjawab dan rajin serta cekap dalam menjalankan tugas.

*JUMUD - minda yang sempit

*Tawadhu’ - rendah hati,  tidak sombong


MASYARAKAT

  •  Hidup masyarakat menjadi harmoni dan sejahtera
  •  Pendekatan masyarakat terhadap Islam lebih mendalam
  •  Hubungan antara pemimpin dengan rakyat menjadi akrab

Kredit: FLIPHTML5 

KEBAIKAN MENGAMALKAN KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM

Ø  Setiap kerja atau urusan diredhai oleh Allah SWT
Ø  Mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain
Ø  Setiap individu akan terhindar daripada melakukan maksiat
Ø  Negara menjadi aman dan sentosa
Ø  Negara akan terhindar daripada jenayah

Kredit: FLIPHTML5 



KEBURUKAN JIKA TIDAK MENGAMALKAN KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM

Ø  Setiap kerja atau urusan yang dijalankan tidak mendapat keredhaan Allah SWT
Ø  Setiap perkara yang dilakukan hanya inginkan ganjaran dan penghargaan semata-mata.
Ø  Hubungan sesama manusia retak
Ø  Seseorang itu akan kurang peka atau tidak bertanggungjawb dalam setiap perkara yang dilkakukan
Ø  Gejala maksiat akan berleluasa
Ø  Negara akan menjadi huru hara dan tidak aman akibat peningkatan jenayah

Kredit: FLIPHTML5 
KESIMPULAN

Pengurusan Islam yang berasaskan falsafah tauhid melahirkan rasa tanggungjawab dalam setiap diri manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah SWT, oleh yang demikian, mereka akan melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada mereka di akhirat kelak.

Kredit: SLIDE SHARE


RUJUKAN    :-



v  FLIPHTML5                                     :-          http://fliphtml5.com/rbvs/nvwp/basic

v  SLIDE SHARE                          :-          https://www.slideshare.net/nshafiqa/isuisu-etika-dalam-ppengurusan-islam

v  MUJAHIDAHPEOPLE                     :-          http://mujahidahpeople.blogspot.my/

v  WIKIPEDIA                                      :-          https://ms.wikipedia.org/wiki/Tauhid

v  JADUAL SOLAT                              :-          http://www2.e-solat.gov.my/template_1.php

v  Buku Pengurusan Dalam Islam    :-          Karya Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa


v  Ustaz Nor Faiz bin Ismail                :-          Pensyarah DUA2022