PENGERTIAN ISLAM DAN TAUHID
ISLAM
l> Daripada segi bahasa adalah tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera.
l> Daripada segi istilah adalah taat kepada Allah S.W.T sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya.
TAUHID
Bahasa :- menyatukan, menyendirikan, dan mengesakan.
Istilah :- Tauhid merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan (Allah S.W.T) itu hanya satu. Tauhid terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
- Tauhid Rububiyyah
- Tauhid Uluhiyyah
- Tauhid Asma' Wa As-sifat
*Monoteisme - Merupakan fahaman atau kepercayaan bahawa Tuhan itu adalah satu yakni tunggal.
TAUHID RUBUBIYYAH
Rububiyyah berasal dari perkataan 'rabb'. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa dan pemelihara. Namun pengertian rububiyyah tidak mencukupi semua yang di atas dan sifat yang sempurna hanya milik Allah s.w.t.
Rububiyyah ialah Tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyyah berkisah mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.
Tauhid Rububiyyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturan dan pemberi rezeki.
Allah SWT berfirman:-
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS 43:9)
TAUHID ULUHIYYAH
Uluhiyyah berasal dari perkataan 'ilah' yang bermaksud Tuhan yang patut disembah. Maka dari itu terbitlah pengertian bahawa tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah sebagai Tuhan yang satu dalam konteks ikhlas beribadah kepadaNya. Tauhid uluhiyyah adalah pengesaan Allah dalam ketuhanan. Tauhid ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata ,bersama rasa cinta , takut, mengharap , tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah
Allah SWT berfirman :-
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan telah Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku” (QS 21:25)
TAUHID ASMA'WA AS-SIFAT
Tauhid asma'wa as-sifat adalah pengakuan seorang hamba tentang nama dan sifat Allah, yang telah Dia tetapkan bagiNya dalam kitabNya ataupun dalam sunnah NabiNya , serta mengimani maknanya dan hukum-hukumnya tanpa Tahrif(menyimpangkan makna), Ta'thil (menolak), Takyif (membahas bagaimana bentuk dan hakikat nama Allah),dan Tamtsil/Tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk-Nya)
Allah SWT berfirman:-
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS 42:11)
Kredit: Buku Pengurusan Dalam Islam (Karya Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa)
Kredit: Buku Pengurusan Dalam Islam (Karya Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa)

