CIRI-CIRI TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM
- Pengurusan yang sentiasa meletakkan keimanan
sebagai paksi dan ketuhanan sebagai matlamat akhir
- Pengurusan yang mengambil kira atau
meraikkan kemampuan dan juga realiti persekitaran dalam mencorakkan
perancangan, penyusunan dan fungsi-fungsi pengurusan lain.
- Pengurusan tidak memisahkan antara pembangunan
material dan pembangunan sumber manusia khususnya, kejiwaan sebagai asas
kepada pembangunan kebendaan
- Pengurusan yang sentiasa menekankan
pembentukkan dan pembangunan pengurus-pengurus yang berkuailiti dan
berwibawa untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjwab pengurusan.
- Manusia bekerja bukan mendapatkan upah
semata-mata tetapi lebih kepada mendapat keredhaan Allah SWT.
- Kerja yang dijalankan bukanlah seperti pengertian
kerja yang diamalkan dalam sekular tetapi lebih kepada penyertaan niat
sebagai satu ibadat kepada Allah SWT dan mengharapkan ganjaran di dunia
dan yang lebih utama di akhirat.
- Akuantibiliti dan rasa tanggungjwab
pekerja bukan sahaja kepada seorang ketua, tetapi yang amat penting sekali
adalah kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui. Ini akan memberi implikasi
bahawa pekerja tersebut akan bekerja dengan lebih dedikasi dan
bertanggungjwab serta mempunyai iman yang teguh.
- Hubungan sesama manusia akan menjadi lebih
akrab dan harmoni. Ini disebabkan Islam tidak memandang serta membezakan
keturunan, pangkat serta darjat tetapi lebih kepada ketaqwaan dan keimanan.
Kredit: FLIPHTML5
No comments:
Post a Comment